Jelasnya lagi, "Harga bumiputera telah ditetapkan diskaun oleh kerajaan tapi pihak pemaju kami memberikan diskaun juga jika akak membeli lot internasional. Jadi perbezaan harga adalah lebih kurang dalam RM2000 hingga RM5000 saja kak".
Terkedu bila mendengar penjelasan wakil penjual salah sebuah pemaju terkenal di Johor Bahru. Tanpa sedar hak bumiputera kita telah dipermainkan oleh pihak pemaju demi mengaut keuntungan.
Dalam hal sebegini mereka mengambil kesempatan kerana melihat bangsa kita sendiri sibuk bertelingkah sesama sendiri. Sana salahkan yang sini..yang sini pula menunding jari di pihak yang sana. Tapi kita semua masih tak sedar lagi yang hak kita semakin lama semakin hilang gara-gara sikap kita sendiri
Sedarlah wahai bangsaku..bersatulah. Jika kita semua bersatu bangsa lain juga tidak akan berani mempertikaikan dan memperalatkan diri kita. Kerana perpecahan kita, mereka dapat mengaut keuntungan dan kepentingan diri mereka dari perbalahan sesama kita sendiri.
Ini baru sedikit. Tapi jika kita masih leka dan biarkan diri kita diperalatkan, mahukah semua hak yang telah kita perjuangkan dulu tergadai semula?
Ini baru sedikit. Tapi jika kita masih leka dan biarkan diri kita diperalatkan, mahukah semua hak yang telah kita perjuangkan dulu tergadai semula?
Inginkah generasi bangsa kita dijajah kerana kealpaan dan sikap kita sendiri?
Inginkah anak-anak kita mengemis demi sesuap nasi kerana hilangnya hak kita di bumi yang telah kita selamatkan dahulu dari jajahan British dan Jepun?
Fikir dan renungkan. Nasib Melayu ditangan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment