Si A bertanyakan padaku, "Cuba kau lihat atlet-atlet yang berjaya, kerjaya mereka bergantung pada steroid. Bukankah itu adalah tergolong dalam golongan dadah? Lihat pula dari segi perubatan, semua ubat yang digunakan mengandungi dadah. Jadi kalau aku bersalah kenapa tak di hukum juga mereka yang mengambil dadah?"
Memang tak dinafikan dalam bidang perubatan dadah dan alkohol digunakan dengan tujuan penyembuhan. Tapi ia digunakan dalam kuantiti yang dikawal supaya tidak mendatangkan kemudaratan. Dan ramai orang telah mengambil peluang ini untuk tujuan yang mendatangkan keburukan pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
Adakah hidup tidak sempurna atau kerja tidak dapat diselesaikan tanpa dadah dan arak? Jika dulu tidak pernah menyentuh dua perkara tersebut saya lihat teman saya itu lebih berjaya dan kehidupannya lebih sempurna. Kenapa sekarang pula mesti mengambil dadah dan alkohol segala idea datang akan lebih bagus? Saya tak nampak pun sebarang kesan yang baik kepada teman saya itu.
Malah hidupnya kini tunggang langgang ke hulu hilir semata-mata mencari duit untuk membeli dadah dan arak. Teman menjadi musuh kerana dadah dan arak sudah bertukar menjadi temannya. Sanggup menggadaikan kepercayaan dalam sebuah persahabatan kerana dadah dan arak. Adakah ini yang dikatakan kebaikan?
Hidupnya seolah-olah berada di puncak kejayaan kerana berada di alam khayalan ketika mengambil dadah dan arak. Hanya melaungkan orang itu salah..orang ini salah..dan yang haram bertukar halal...Yang baik disalahkan yang buruk dipuji. Cara pemikiran bertukar mengatakan haram adalah halal. Dan teman-teman disalahkan kerana tidak membantunya. Keluarga di kampung yang sentiasa berfikiran baik terhadapnya tidak dihiraukan. Semua gara-gara dadah dan arak.
Bagaimana kehidupan beliau sekiranya mendirikan rumahtangga jika tidak dibuang tabiat itu? Pasti si isteri dan anak disalahkan jika terjadi sesuatu perkara. Dan akhirnya terjadi kemusnahan rumahtangga.
Apakah yang akan menyedarkan beliau? Puas dinasihati tapi masih berdegil malah saya pula dianggap musuh.
Jalan terakhir adalah berdoa agar beliau akan kembali ke pangkal jalan. Amin...
p/s: Cerita ini adalah sekadar untuk renungan dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Doakan mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

nice 1~~~
ReplyDelete:) alhamdulillah ilham dtg scara tb2 bl terkenangkn seorang kwn..sj nk jdkan iktibar n renungan kwn2..
ReplyDelete